Tuesday, September 20, 2011
entri untuk encik bangsat @ 12:00 AM
incik bangsat,
tak perlulah mahu semahu nya tunjuk yang kau berharta
yang kau sudah bergelar orang kaya baru
yang kau bila pejam mata pun melayang-layang ringgit menuju masuk ke poket.
jika kau betul-betul mahu menunjuk..sendiri letak pada dinding milik sendiri sudah lah.
tak perlu menconteng di dinding aku di setiap hari.
tak perlu sebuk masukkan dalam kotak mesej aku.
tak perlu.
siapa pun kau,
segunung mana pun harta kau kutip,
aku tetap kata kau bangsat.
ada harta tapi tak berjiwa.
biar aku kongsi sebungkus nasi lemak berdua,
biar aku basah bersama tika menunggang,
biar aku menolak itek besi bersama tiap kali meragam di jalanan,
biar aku memakai baju sama yang kusam,
biar aku memijak dengan kasut yang koyak,
tapi aku tetap dicinta oleh lelaki yang sama tanpa ragunya.
yang tak berpusing memandang pada yang lain.
p/s : yer. aku tunang orang.