Tuesday, September 20, 2011
word of the day 2# @ 11:17 AM
"percaya lah cakap dyeorg! percaya sangat kan, lebih percayakan mereka dari papa sendiri!"
yer,
aku ini perempuan bodoh & tolol.
maka dengan senang nya kau guna kuasa chenta untuk buat aku percaya.
kekaseh atau kawan?
sila buat pilihan.
baris kata kau ucap tersusun rapi
ditambah rima nada ada tinggi rendahnya
muka terpampar tiada riak tipu secalit pun,
kau mahu tipu aku kan?
rumus kau
1. tidak keluar.
2. tengok bola.
2. bersama wan.
2. tidur dirumah kawan.
*saja aku letak selepas num. 1 adalah 2, 2 dan 2. supaya taklah nampak alasan yang diberi banyak sangat kan. bila dikira hanya 2 alasan saja. taklah banyak sangat kan? :)
mari aku berpesan dan beri sedikit tip tentang menipu.
*sesuai untuk mereka yang suda berkali terkantoi mahupun yang mahu berjinak-jinak dengan menipu.
*sambil bace layan lagu tema nie :)
yang pertama nya,
JANGAN kencing si kaki kencing.
-lihat sekeliling dulu sebelum memancut tipu helah. kenali siapa yang kau mahu tipu. kalau mahu selamat kaji latar belakang sepenuhnya.
yang kedua,
jika mahu beri alasan, firm dengan satu jawapan.
- jangan berpusing dengan setiap jawapan. itu namanya kantoikan diri sendiri.
yang ketiga,
hapuskan bukti.
-jika anda si kaki mabuk, reply la msg sebelum anda bermabuk. ketika masih dalam sedar. atau pun minta kawan seperjuangan balas kan untuk anda.
-jika mulut berbau masam, jangan terus cium sesiapa, cuci dulu dengan listerin, clorox pon boleh juga kalau mahu.
-jika baju berbau semacam, sebelum masuk rumah tukar dulu. ataupun basuh sendiri baju berbukti tuh. takde la si tukang cuci dapat hidu penipuan yang anda lakukan.
-jika malam dikabar suda tidur dirumah kawan, jangan pulang rumah dipagi hari terus pengsan tak sedarkan diri. berlakon lah sikit seperti kau segar. tahan kan lah mata tu guna lidi tak pun batang penyapu.
yang keempat,
pelakon sampingan.
-gunakan pelakon yang banyak pengalaman. jangan yang jujur sangat.
contohnya : sedang lepaking di mamak dengan dress yang sungguh mempersona. make up yang seperti si perempuan kabret. tak logik kan?
yang kelima,
pesanan khidmat penaja.
-jika takut penipuan anda bakal diketahui, pesan pada semua yang ada ditempat kejadian supaya berpegang pada cerita yang sama. jika mungkin mereka-mereka kurang fahami, berikan skrip yang sudah dikarang. maka mereka tinggal hafalkan dan sebut kan sahaja bila ditanya.
p/s : banyak da tip aku beri. lepas ni tahu da nasib aku. penipuan nya makin kemas. yang aksyik nya di setiap hari aku lah mangsa penipuan.
AMARAN : ini yang terkahir. sekali lagi berlaku, aku cabut.
Labels: langit mula berbisik