entriesida.eliyanalinks

Tuesday, March 27, 2012
Bongkak @ 8:08 PM

mana datang penyakit bongkak.
mana asal nya.

rimas aku.

semua mahu bercerita setinggi langit.
menjaja-jaja.
apa lah yang mahu di bangga kan.
syukur.
jangan riak.
itu sudah cukup kan.

kes 1#
bercerita mengenai kerjaya.
"adik akak kerja kilang"
belum sempat aku cantas apa-apa lagi, dia sudah menerangkan selanjutnya.
"even operator pengeluaran tapi dia bagus, bos dah berapa kali offer naik jawatan,
 tapi orang dengki. tu lah susah nak naik pangkat"

kes 2#
mengenai akademik.
"saya student IPTA"
selang dua tiga minit upload matrix card.
esoknye, upload dewan belajar.
lusenye, upload dewan kuliah pula.
tulatnya, upload pintu pagar.
akan datang aku tak tahu la dalam selang masa nk habiskan masa belajar,
apa lagi mahu di jaja nya.

kes3#
kerjaya kerajaan.
"saya N17"
tiap saat mahu saja menjaja tentang kerjaya nya.
gaji naik. sistem kenaikan gaji. kursus sana-sini.
pengucapan awam. hari keluarga. gaji tiap 25hb. mahu apply kuarters.
bla..bla..bla.
syukur lah kerjaya awak tetap. senang buat loan.
senang nak beli kereta. mudah mahu beli rumah.
bilamana sudah mampu berhutang dengan bank utk hire-purchase.
adik, akak, abang sume angkat ibu jari depan kereta yang berbungkus plastik.

nota iman :
Kita perlu ingat kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan dan kepandaian 
adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.
Apakah segala nikmat ini menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita kepada Allah SWT?


Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia,
dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur,
lagi membanggakan diri. (Luqman: 18) -copy paste-


Fazrul shared dengan aku, katanya :
-kita baru naik kapal terbang, jet atau helikopter suda sombong.
Rasulullah s.a.w naik ke langit pun tak sombong.

-kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamboghini dan berlagak
Rasulullah s.a.w menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu same dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tak berlagak.

-kita kalau sudah jumpa orang besar, ternama, berpangkat suda bongkak, suda bangga.
Rasulullah berjumpa Allah s.w.t di sidratul muntaha yang mana malaikat sendiri tak pernah masuk,
tetapi Baginda tidak pun bongkak, tidak pun bangga.




dah besar panjang kan??
fikir lah sendiri.