entriesida.eliyanalinks

Friday, April 20, 2012
12 minggu dan syurga @ 3:06 PM

February
muntah kat rumah
muntah atas flight
muntah dalam kereta
muntah tengah berfesbuk
muntah kat rumah uda
muntah merata-rata

3 march 2012
muntah lagi dan lagi. loya tekak. pening. seharian pengsan dalam bilik tido.
8.32pm  - klinik mediviron presint 15
"tahniah puan -- 5minggu 5hari"


















minggu ke-6
dah start tekak tak boleh terima nasi.
pening dan pening.

minggu ke-7
aku benci bau shokobutsu avtive guard!
mandian bertukar bau strawberry.


minggu ke-8 
mengidam makan hokdok bakar.
*takkan lah nak ke kelantan pulak.
kirim kat gra jelah.

























minggu ke-9
i heart candy, ice cream~~
everyday makan mee goreng shj.


minggu ke-10
klinik kesihatan presint 11. atenatal checkup. buat buku merah.






















K O S O N G --
yang ada cuma sarung/kantung/set sahaja.

hari yang sama terus ke hospital putrajaya. refer Early Pregnancy Assessment Unit.
result yang sama.
next appoinment : 18 april 2012 --repeat scan

minggu ke-11
13 april, jumaat yang hening - bleeding
terus ke Hospital Serdang. done checkup, balik rumah.
appoinment : repeat checkout on 27april.

14 april - masih bleeding lagi

15 april - bleeding makin banyak. tak berhenti.
refer Hospital Serdang lagi.
Doc Farah inform, already miscarriage.
got choice D&C or tunggu sendiri sampai keluar.
prefer tunggu kat rumah.
aku takut cuci. aku takut sakit.

movie--battleship @ioi puchong 5pm

minggu ke-12
16 april -- start from 5am sakit sekejap2. kejap sakit. kejap ilang. macam chipmore.
sambil terguling, sambil tertonggeng, sambil main coin dozer dok tahan sakit.
dah dekat 12pm. gagah kan masak lunch utk sang suami. aku cuma mampu masak nasi goreng sahaja.
nasi belum sempat goreng, sakit makin menggila.
lari ke toilet, bleeding makin teruk, non stop, something moving out.
seriusly aku tak tahu nak panggil itu apa.
call umi--tak berangkat
then call sang suami -- juga tak berangkat
call kakak -- masing2 gelabah.
aku dah tersungkur depan pintu toilet.
1pm - yellow zone hospital serdang.
6pm - masuk wad 6B, okey 2nd class. syukur.
i'd no choice, d & c postpone esoknye.

17 april -- puasa. seriusly lapar. Doc tak kasi makan. tunggu sampai lepas operation.
8.40pm - masuk dewan bedah.
              " puan selawat dalam hati, pandang atas, ubat ni pedih,
                -- gelap
               tiba-tiba, "puan bangun! operation done"
               lihat jam dinding 9.10pm
sentap teramat. perut aku kosong. tiada lagi isi. nangis kat situ jugak. peduli!
masuk wad semula. hujan di bawah selimut sendirian.

18 april -- 1pm. discharge. kos perubatan agak tinggi. empat angka. wow.

mula Berpantang--



"Tuhan cuma beri aku dan sang suami hanya 12minggu.
bakinya, di syurga."