entriesida.eliyanalinks

Thursday, September 6, 2012
preggo woman cried @ 5:34 PM

ak nak mengadu.
yer aku memang manja.

aku tahu.
kalau cetikan pada teman sekatil.
aku sudah tau akan jawapan nya.
cuma dua.

a) berhenti jelah. (dalam nada yang tak merelakan)
ataupun
b) nanti nak makan apa?!

aku perempuan yang bakal bertukar status sekali lagi.
dari isteri kepada ibu.
hari ini 10minggu dan 5hari.

pengalaman pertama.
act kedua (itupun kalau kau tahu kisah awal tentang aku)

loya.
muntah.
penat. letih. lesu. tak bermaya. tiada tenaga.
emosi macam rooler coaster. berputar berpusing.
sakit pinggan.
sakit belakang.
sangat mudah rasa mengantuk.
suhu badan meningkat. rasa seolah nak deman.
aksyik rasa nak kencing.
kembung perut.

semua ni aku kene hadap sorang-sorang.
*telan air liur

kerja aku tak berat.
tak perlu angkat kotak.
tak perlu sapu lantai satu mall.

tapi perlu attend walk in customer selama 12 jam.
punch in 9.30am.
settle kerja 10.30pm.
perlu berjalan banyak.
perlu layan soalan-soalan bodoh.
perlu berdiri kat depan pintu masuk.
perlu handle staff yang lahanat. yang anggap aku macam 1st time masuk dunia front liner.

could u please imagine that honey..a preggo women need to stand 12hours straightly..
--sumpah penat
perut aku makin membesar. bukan nya mengecil.
lantak lah gaji 2k pon. aku tak larat.

if i'm not pregnant, yes! it a simple matter.
like before. berlari-lari dalam kapal terbang, boarding gate, kaunter.
Kachang aje.

semalam lepas pulang kerja.
aku terlampau penat.
aku luahkan juga.
aku mahu QUIT. tak larat.
*sambil menangis aku bercerita pada teman sekatil

jawapan yang aku terima : B

p/s : sayang---if u xlarat nak tanggung i. hantar saja aku pulang ke kampung. aku tahu umi masih mampu untuk tanggung aku yang semulut ini.