entriesida.eliyanalinks

Thursday, July 11, 2013
ramadhan day 1 @ 8:53 PM

Dugaan paling mencabar diabad ini.

Hari pertama puasa.
Sah sah la paling penat.
Kau pun tau.
Kau pun rasa benda yang sama.

Ade orang tu pegi bazar.
Col bagai2 tanya nk makan apa.
Bermacam guwa order.
Kueh 2hinggit je yang dapat.
Rojak mee mane????????????????
Laksa kau ade pulak.

Frust yang paling dalam.

Bayangkan aku yang penat balik kerja.
Tanpa sempat mahu bersihkan diri untuk tunaikan asar.
Di order ker dapur.
"Nenek da masak nasik. Kau beli lauk x?"
"Tuh sayur atas dapur..tumis taw jgn masak air"
"Ayam tu goreng..nnti abang nak makan"

Tengah masak sayur.
"Eh betik mane..kenape tak beli?"
Mane lah guwa tau ape2. Tak order kt guwa pon.
"Sms abg sekarang suruh dia beli"
Sayur guwa dalam kuali tuh. Kunk rentung gak la.
Hish.

Basuh ayam plak.
Dengan tengah tahan bau ayam mentahnye.
Tahan muntah lagi. Kang tak pasal puasa guwa batal disaat akhir.
"Nih anak kau meragam nih..buat susu cepat"
Nak susu perisa ayam ker oi?!
Grrrrrrrrrr.

Perasaan tak dapat dibendung.
Lantak kau lah ayam.
Basuh tangan..terus angkat ian masuk bilik.

"Sayang rojak i mane?"
"LUPE"

Fact : aku adalah perempuan yang tidak berbuka dengan nasik berwarna putih.
30 hari dibulan ramadan penuh warna warni.

Tapi ramadhan kali ini....hurm.

Seharian penat berpuasa.
Sampai rumah penderaan emosi.
Sekarang tiada menu berbuka..

Dari magrib sampai ke tido.,
Airmata jadi teman.

Apa dalam otak
"Kenapa lah kau kawen awal elly"
"Kenape lah kau dapat laki yang lepaskan  tekak sendiri"

Kalau lah ada umi disebelah..
"Petang nih kite nak masak apa..?"
Order saja apa kau mahu. Takkan jumpa nasi puteh di waktu berbuka.

Azan magrib.
Guwa maseh dlm bilik.
Nk berbuka apanya..menu guwa xde apa.

Nenek datang jemput kt bilik.
Guwa bagi alasan jga ian.
Sambil ie  patah semula ke meja makan.."nanti tak dapat pahala puasa"
Xyah la sound guwa belakang2!!

Berbuka dengan kueh 2hinggit. Secawan soya. 2kolah air mata.
Itu saja.

Tuhan, bantu lah aku.
Kalau begini berhari.
Mana lah pergi nya pahala puasa aku nanti.

Sampai hari ni guwa tunggu ucapan maaf dari yang mainkan perasaan guwa di bulan mulia.
HARAMMMMMMM.
boleh dia buat seperti tiada apa berlaku.

Kan bagus kalau guwa kije shift.
Xpayah nak hadap kau sangat.

Kan bagus kalau gaji guwa besar.
Guwa terus beli flight ticket balik kuantan berbuka dengan umi.


Published with Blogger-droid v2.0.10